
Susu Kambing
9:15 AM |
Labels:
susu kambing

Read User's Comments0
Irama Terapi Diri (disarankan guna ie google chrome/mozila)
7:20 AM |
Labels:
Irama Terapi Diri
Read User's Comments0
Apakah itu Bahagia?
10:02 PM |
Labels:
Apakah itu Bahagia?
Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu merupakan fitrah semula jadi setiap manusia. Tidak ada manusia yang tidak inginkannya. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.•Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.
•Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?
•Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.
Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.
John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.
•Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang.
Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.
•Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.
•Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.
Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.
•Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.
By ustaz pahrol
Read User's Comments0
Mandi Bunga
8:07 AM |
Labels:
Mandi bunga
Mandi Bunga?..sesiapa yang pernah mandi bunga pasti akan tahu kelebihannya..atau anda rasa perlu ke mandi bunga tu....untuk dapat kan jodoh hahhaha...biarkan aku betul kan statment nie..sebenarnya mandi bunga tu ada kebaikannya iaitu: Badan terasa segar, menaikkan dan menyempurnakan seri muka,minda terasa segar tiada tekanan,menstabilkan aura badan,badan harum dan bau wangi, mengurangkan dan merawat penyakit yang berpunca dari makhluk halus dan banyak lagi....
Biasanya lokasi fav aku beli bunga kat pasar seni...berdekatan ngan petaling street...aku pasti ko orang de tempat fav tersendiri seperi gi Spa, pusat2 rawatan kecantikkan.yang tumbuh bagai cendawan (bahasa yang cukup indah heheh)..lagi satu aku nak ingatkan ko orang jangan lah gunakan perkhidmatan yang tiada lesen ramai wanita di luar sana terperangkap ngan bomoh2 yang suka mengambil kesempatan ...klu ko org nak gi sekali pun ajak lah kawan- kawan sekurangnya 4 or lebih pun tak pe..supaya keselamatan ko orang terjamin....pe pun aku tak nak lah membebel pasal benda2 mcm nie..ko orang boleh nilai mana yang baik dan buruk...
Jom baca artikel aku yang tak seberapa nie :) :) :)
Dengan air mandian yang sejuk + khasiat bunga bungaan + khasiat limau nipis + dimulakan ngan baca Bismillah + niat yang baik insyallah ia mendatangkan keseriaan pada wajah,organ-organ luaran dan dalaman berada dalam keadaan kekal sihat dan bekerja secara harmoni...(cewahhh)...nak jimat boleh je buat kat umah antara rajin dan malas ..betul tak? cuba ko org bayang kan beli bunga tu tak sampai semahal ko org gi spa or pusat rawatan kecantikkan...cuma yang best kat sana dapat layanan yang istiimewa uhuhuhu..tu aku tak nafikan.. pe pun aku nak share khasiat bunga..kata org sharing is caring (bantai janji aku bahagia....hahaha)
Mandi bunga bisanya dilakukan dalam sekali seminggu or 3 kali sebulan.. ia lebih baik sebab menurut orang dulu2 mandi bunga nie ada aura tersendiri hehhehe..mesti ko orang nak tau kan kan kan hehehhe..aku dah agak dah...terima kasih juga kat seri mandi bunga...info nie cukup bermanfaat ....
1. Penghidup Raga
Raga bermaksud jasad atau tubuh badan. Pada mana-mana individu yang tidak memiliki tahap kesihatan yang unggul maka kesan ‘sakit’ akan mulai kelihatan pada raut wajah yang menampakkan suram dan kusam atau rata-rata masyarakat menyebutnya sebagai wajah yang tidak berseri. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah pada kali pertama dengan khasiatnya akan memulihkan kembali aura organ-organ pada tubuh badan sehingga organ-organ tersebut akan berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Kesan daripada kerja-kerja pemulihan dalaman yang berkerja secara aktif ini seseorang itu akan berasal lemah-lemah badan, lesu badan atau sakit-sakit badan dalam tempoh yang tidak lama. Oleh itu janganlah anda khuwatir jika anda mengalami gejala-gejala tersebut apabila anda selesai mandi sebaliknya banyakkan minum air masak dan berehatlah secukupnya.
2. Penghidup Daya
2. Penghidup Daya
Daya bermaksud upaya atau tenaga. Apabila organ-organ telah mulai berkerja dengan baik dan harmoni maka tubuh badan akan sihat. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah kali kedua dengan khasiat bunga-bungaan akan mendatangkan tenaga tambahan pada sipengamalnya. Sebab itulah rata-rata pengamal akan mulai rasa segar dan rasa bertenaga sejurus selepas mandi tanpa ada mengalami rasa lemah, lesu dan sakit. Namun ada juga pengamal yang masih mengalami gejala lemah, lesu dan sakit selepas mandi kali kedua atau kali ketiga maka ini adalah perkara biasa sebab selagi organ-organ dalaman seseorang itu masih belum pulih maka selagi itulah mandian seterusnya akan berfungsi sebagai Penghidup Raga.
3. Penghidup Seri.
3. Penghidup Seri.
Seri bermaksud hidup. Menurut petua orang tua-tua, selagi tubuh berdarah maka selagi itulah tubuh akan hidup maka dari situ dikatakan darah sebagai pemegang rahsia ‘hidup’. Oleh itu tubuh yang mati adalah tubuh yang tiada darah didalamnya dan begitu jugalah dengan wajah yang suram dan kusam adalah wajah yang kurang darah mengalir padanya sehingga kulit pada wajah kelihatan tidak ‘hidup’. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah kali ketiga dan seterusnya akan menghidupkan wajah dengan merangsang pengaliran darah secara menyeluruh terutama dibahagian muka dan dengan mengekalkan amalan mandi bunga secara rutin sebenarnya anda telah berjaya mengekalkan seri pada wajah anda secara berterusan.
Selamat Mencuba !!!!!!!!!!
Read User's Comments0
Senaman untuk sihat
7:45 AM |
Labels:
senaman utk sihat
OXYNIE MUDA DAN SENSASI, SIHAT LAGI CERGAS
Oxxynea -Diekstract daripada 22 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran
Astaxanthin - Satu antara molekul Anti-Penuaan yang paling kuat di dunia.Oxygen yang terhebat diantara molekul anti-penuaan 6,000 kali lebih kuat dari Vitamin C.
Kolagen - Unsur-unsur utama kulit manusia.
Astaxanthin Apple Experiment
Haaa....topik ari nie senaman penting untuk kesihatan..Betul ke senaman tu penting untuk kesihatan? dalam seminggu berapa kali anda melakukan aktiviti senaman? adakah anda mempunyai masa kelapangan utk melakukan senaman...tanyalah kat diri anda sendiri..mungkin setiap anda mempunyai jawapan yang tersendiri...(klu de tu just simpan dalam hati ye) hahhaha...
Menjelang Hari Deepavali ni saya agak sibuk sikit mengemas umah dan pagi tadi meluangkan masa digym,berjumpa kawan2....huhuhuhu...tak kan sibuk kat batu caves kot..hahhah....Saya pasti anda pun mengambil peluang utk mengemas umah, aktiviti beriadah atau berjalan2 bersama family dan kawan - kawan yannnng tersayang.....Anda perasaan tak secara tak langsung menggalakkan tubuh badan anda untuk bergerak. In bermakna, anda juga melakukan senaman....
Untuk pengetahuan, senaman itu penting untuk semua lebih- lebih lagi terhadap wanita. persoalannya, mengapa?
Kaum wanita melalui pelbagai fasa dan perubahan fizikal dalam kehidupan mereka daripada zaman remaja, bermulanya mestruasi ke fasa kehamilan...(ceh wah teruja pulak nak lalui saat itu).... menjadi seorang ibu hingga ke tahap menopous :-(
Nampaknya pelbagai dugaan dihadapi oleh wanita apatah lagi bagi mereka yang juga bertugas sepenuh masa. Disamping bekerja dan menjaga anak-anak, agaknya bila pula mereka mempunyai masa utk besenam dan menjaga kesihatan diri sendiri?
Berikut lapan sebab senaman begitu penting untuk wanita:
1. Membantu mengurangkan berat badan
Ia adalah azam kebanyakan wanita di kala tahun baru, mahu mengurangkan lima, 10 atau 20 kilogram (kg). Senaman adalah satu aspek yang penting bagi mereka yang mahu mengurangkan berat badan.
Sekiranya anda sudah memulakan pelan pemakanan yang sihat dan seimbang, senaman akan membantu dan mempercepatkan lagi proses pengurangan berat badan dan pembakaran lemak berkenaan.
Dengan mengurangkan berat badan, anda akan mempunyai tubuh yang lebih sihat selain dapat mengelakkan pelbagai masalah yang mungkin dihadapi sekiranya mempunyai berat badan yang tinggi atau obes.
2. Membina kecergasan dan kekuatan tubuh
Sekiranya anda mudah berasa letih dan lemah untuk mengerjakan aktiviti fizikal tertentu, senaman akan membantu membina kecergasan serta kekuatan tubuh.
Bayangkan apabila dapat mengikuti aktiviti sukan syarikat anda dengan penuh bertenaga atau boleh bermain dan berkejaran dengan anak-anak. Bukankah itu lebih baik daripada hanya duduk di tepi sebagai penonton?
3. Menjana tenaga
Anda sudah menghadapi hari yang sibuk di pejabat maka kini tubuh anda hanya mahu berehat. Tetapi, banyak lagi kerja atau perkara lain yang perlu disiapkan.
Bagaimana? Percaya atau tidak, senaman yang anda rasakan mungkin lebih meletihkan dan menyambar tenaga anda sebenarnya akan menjana lebih tenaga untuk membuatkan diri berasa lebih hidup!
Ini kerana, senaman itu menghasilkan endorfin dan adrenalin iaitu hormon yang memberikan tenaga kepada anda. Meskipun begitu, jangan bersenam terlalu lewat pada waktu malam. Anda mungkin terlebih tenaga dan sukar untuk tidur pula.
4. Membantu menjaga kesihatan jantung, mencegah osteoporosis dan barah payudara
Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang menghadapi masalah jantung, osteoporosis atau penyakit barah, mulakan bersenam kerana ia dapat membantu mencegah masalah berkenaan.
Osteoporosis dan barah payudara khususnya adalah penyakit yang kritikal kepada wanita. Apa saja yang anda dapat lakukan untuk membantu mencegahnya adalah satu langkah yang baik. Statistik menunjukkan senaman memang membantu merendahkan risiko penyakit ini di kalangan wanita.
5. Penghilang tekanan
Dengan seribu satu perkara yang perlu dihadapi dan disiapkan setiap hari, siapa yang tidak akan mengalami tekanan. Bersenam adalah satu cara yang baik untuk meredakan tekanan. Apabila bersenam, anda mengeluarkan peluh dan toksin dari badan. Senaman seperti kickboxing, seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo, melakukan aerobik dan menari memang bagus untuk melepaskan tekanan.
Malah, ia sebenarnya menyeronokkan!
6. Sebagai aktiviti tambahan untuk diri anda
Sebagai ibu, isteri dan bekerja sepenuh masa, anda jarang mempunyai masa untuk diri sendiri. Keluarga, anak-anak dan tugas pejabat sentiasa didahulukan.
Pilih masa untuk diri anda saja iaitu ‘Me Time’. Lebih baik sekiranya anda isi dengan senaman yang menyeronokkan dan membantu menyeimbangkan kesihatan fizikal dan mental.
7. Satu contoh yang baik untuk keluarga dan anak-anak
Bersenam menetapkan contoh yang baik untuk keluarga terutama anak-anak agar mereka juga menjaga kesihatan bermula di usia muda. Ramai kanak-kanak atau remaja yang tidak menggemari subjek pendidikan jasmani di sekolah dan anda boleh membantu mengubah tanggapan mereka.
Bersenam sebenarnya boleh menjadi aktiviti mingguan keluarga yang menyeronokkan dan mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan anda.
8. Anda akan berasa dan kelihatan hebat
Ini tentunya salah satu sebab yang paling penting. Apabila anda bersenam, anda menjaga kesihatan daripada segi fizikal dan mental, dalaman dan luaran.
Ia akan menunjukkan hasil luaran yang mana anda akan kelihatan dan berasa hebat! Tahap keyakinan anda juga akan meningkat dan ini mampu merubah tanggapan anda terhadap kehidupan. Sudah pasti ia sesuatu yang tidak ternilai.
Selamat mencuba!!!!!!!!!!!!!
Read User's Comments0
PASRAH
PASRAH
TUHAN...
Pada-Mu aku pasrah
akur, alah dan menyerah
seluruhnya sudah pudar
cintaku kian tercalar
senjaku semakin dekat
di sumur dosa aku melarat
di hujung umur kupasti kembali
sedang hatiku tak suci lagi....
TUHAN
Langkahku entahkan mati
mendaki kasih-MU nan tinggi
namun cintaku bukan palsu
walaupun sering terganggu
kekadang terasa sayang-MU
bersama kurnia hidayah
kekadang terasa murka-MU
seiring patahnya mujahadah
TUHAN
Terlerai ribuan taubatku
terungkai semua janjiku
kataku sering mungkir
Cinta-Mu sering terpinggir
namun
aku masih setia
mengemis di jendela usia
terus mencari wajah diri
menadah keampunan-Mu ILLAHI
Read User's Comments0
Subscribe to:
Posts (Atom)












