zila. Powered by Blogger.
RSS

ALLAH MAHA MENDENGAR



ALLAH MAHA MENDENGAR,

Ya sering berlaku pangkat,harta,nama serta jawatan menyebabkan seorang itu tidak sudi lagi menjadi pendengar.
Pangkatku lebih tinggi, aku cakap kau dengar. namaku lebih tersohor,jangan cuba-cuba mencelah bila aku berbicara.
Kau tak layak menasihatiku,ilmuku lebih tinggi.Begitulah yang kerap kita lihat didalam kehidupan.
Bukan orang lain tetapi diri kita sendiri!.

Apakah dengan mendengar kita menjadi hina,miskin dan tidak ternama? Jika itulah anggapan kita jelas kita sudah tersalah,
menjadi pendengar menjadikan kita orang yang tawaduk(rendah diri).
Orang yang tawaduk akan ditinggikan ALLAH.Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata.

Semakin banyak kita belajar,semakin banyak ilmu yang kita perolehi.Dan apabila semakin banyak ilmu yang kita miliki,
maka semakin tinggilah darjat kita di sisi ALLAH dan manusia.Bukan didalam Al-Quran ALLAH telah menegaskan bahawa
darjat ahli ilmu itu ditinggikan oleh -NYA berbanding orang yang tidak berilmu?

Justeru, ALLAH yang Maha pencipta juga bersifat Maha mendengar- 'Sami'.
Dan salah satu nama ALLAH yang baik dan indah ialah 'AS-sami' ALLAH Maha mendengar segala
rintihan,aduan,kebimbangan serta luahan rasa daripada hamaba-hambaNYA pada setiap masa,tempat
dan ketika.ALLAH adalah 'Kekasih' setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hambanya.Jika
kekasih dikalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali,
sebaliknya ALLAH tidak sebegitu.ALLAH bersedia mendengar bila-bila masa sahaja.

Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada ALLAH,ALLAH tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas.
sedangkan seorang kaunselor, ulama, kadi malah hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua atau tiga masalah
daripada klien yang berbeza pada satu masa dalam keadaan serentak. Inilah kehebatan ALLAH sebagai As-Sami'.Bukan sahaja ALLAH
mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh penganduan hamba-NYA pada suatu masa!....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment