zila. Powered by Blogger.
RSS

Dosa Sepanjang Hayat


PENGGUNAAN laman sosial memerlukan kebijaksanaan pengguna, sama ada untuk tujuan kebaikan atau keburukan.

BUKAN lagi suatu yang menghairankan, kanak-kanak seawal usia satu tahun sudah tahu, malah cekap menggunakan peralatan komunikasi berteknologi tinggi. Yang tidak tahu, pasti dianggap ketinggalan atau ia sesuatu yang jarang berlaku dalam senario negara menuju kemajuan sains dan teknologi.

Tidak kira di mana sahaja, pelbagai gajet terkini seperti tablet, komputer riba dan telefon bimbit dilihat bagai ‘teman’ karib yang sentiasa berada di sisi golongan digelar generasi Y itu.

Justeru, tidak hairanlah penggunaan laman sosial melalui internet amat popular dalam kalangan masyarakat di negara ini, terutamanya bagi golongan remaja dan seganap usia yang muda ataupun yang tua

Malahan, ketaksuban dalam melayari laman sosial tersebut sehingga segala perbuatan yang dilakukan hari-hari dimuat naik untuk dikongsikan bersama kenalan yang terdapat di sesuatu laman sosial tersebut.

Bagaimanapun seiring dengan kemajuan tersebut, umat Islam perlu berhati-hati dalam menggunakan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Ini  kerana, dikhuatiri penggunaan laman sosial secara tidak bijaksana boleh mengakibatkan dosa yang berterusan terhadap seseorang individu walaupun ketika melakukan kebaikan.

Tambahan,  apabila laman sosial yang sepatutnya dijadikan landasan untuk berhubung serta berkongsi maklumat itu disalah guna sebagai ruang luahan peribadi, keji-mengeji dan dibangga-banggakan.

  • “Islam tidak menghalang umatnya untuk mengikuti teknologi, malah lebih digalakkan agar tidak ketinggalan dan mendapat manfaat daripadanya. Tetapi asasnya adalah bagaimana kita menggunakannya? 

  • “Ia seumpama pisau yang terletak di tangan penggunanya iaitu sama ada akan memberi manfaat jika digunakan dengan baik dan sebaliknya jika disalahgunakan.

  • “Apa yang kita lihat, realiti yang berlaku, kerakusan segelintir masyarakat, khususnya umat Islam yang sering menyalahgunakan laman sosial ini tanpa disedari boleh membuahkan dosa secara berterusan pada setiap masa dan saat, selama 24 jam. Sebagai contoh memuat naik gambar, perkongsian informasi dan juga sebarang pendapat tanpa meneliti terlebih dahulu.

  • “Bagi gambar-gambar yang mendedahkan aurat memang sudah jelas hukumnya adalah haram dan mendatangkan dosa setiap kali dilihat orang. Apa yang perlu kita beri perhatian, adalah gambar yang ditangkap secara peribadi bersama ahli keluarga.Mungkin sekadar suka-suka atau simpanan peribadi, tetapi tanpa kita sedari golongan mahram tadi yang memuatnaikkan di laman sosial miliknya. Walaupun tidak berdosa jika bukan dengan kerelaan, tetapi kita tetap perlu berhati-hati kerana boleh menimbulkan fitnah. 

  • “Begitu juga memuat naik gambar-gambar dengan fesyen terkini keterlaluan, walaupun dikatakan fesyen Muslimah.

  • Selain itu tambahan, perkongsian status dan pandangan yang diberikan juga perlu dibatasi kerana dikhuatiri membuka aib diri sendiri atau orang lain. 

  • “Sebagai contoh, apabila memberi komen kepada status kenalan yang meluahkan kesalahan dosa yang dilakukan, elakkan daripada berkongsi dengan mengaitkan kesalahan silam atau perkara sama yang berlaku kepada diri kita.

  • “Ia seolah-olah membuka aib terhadap diri sendiri atau pun orang yang terlibat. Ini kerana, perkongsian status dan komen yang diberikan di laman sosial dapat melambangkan siapa diri kita kepada umum.

  • Manakala, penyebaran maklumat yang diragui juga perlu dielakkan bagi menghindari sebarang perkara tidak diingini berlaku.

  • “Menjadi trend pengguna laman sosial, gemar berkongsi mesej-mesej berantai yang diterima. Apa yang dilihat informasi tersebut tidak diteliti kesahihan dan kreadibiliti sumber sebelum dikongsikan.

  • “Kesannya, fitnah akan tersebar luar, pembohongan akan menjadi-jadi dan tidak mustahil mengakibatkan persengketaan dalam kalangan umat Islam.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment