zila. Powered by Blogger.
RSS

Mandi Bunga

Mandi Bunga?..sesiapa yang pernah mandi bunga pasti akan tahu kelebihannya..atau anda rasa perlu ke mandi bunga tu....untuk dapat kan jodoh hahhaha...biarkan aku betul kan statment nie..sebenarnya mandi bunga tu ada kebaikannya iaitu: Badan terasa segar, menaikkan dan menyempurnakan seri muka,minda terasa segar tiada tekanan,menstabilkan aura badan,badan harum dan bau wangi, mengurangkan dan merawat penyakit yang berpunca dari makhluk halus dan banyak lagi....


Biasanya lokasi fav aku beli bunga kat pasar seni...berdekatan ngan petaling street...aku pasti ko orang de tempat fav tersendiri seperi gi Spa, pusat2 rawatan kecantikkan.yang tumbuh bagai cendawan (bahasa yang cukup indah heheh)..lagi satu aku nak ingatkan ko orang jangan lah gunakan perkhidmatan yang tiada lesen ramai wanita di luar sana terperangkap ngan bomoh2 yang suka mengambil kesempatan ...klu ko org nak gi sekali pun ajak lah kawan- kawan sekurangnya 4 or lebih pun tak pe..supaya keselamatan ko orang terjamin....pe pun aku tak nak lah membebel pasal benda2 mcm nie..ko orang boleh nilai mana yang baik dan buruk...





Ko orang tgk Lisa Suriahani pun mandi bunga....


Jom baca artikel aku yang tak seberapa nie :) :) :)

Dengan air mandian yang sejuk + khasiat bunga bungaan + khasiat limau nipis  + dimulakan ngan baca Bismillah + niat yang baik insyallah ia mendatangkan keseriaan pada wajah,organ-organ luaran dan dalaman berada dalam keadaan kekal sihat dan bekerja secara harmoni...(cewahhh)...nak jimat boleh je buat kat umah  antara rajin dan malas ..betul tak? cuba ko org bayang kan beli bunga tu tak sampai  semahal ko org gi spa or pusat rawatan kecantikkan...cuma yang best kat sana dapat layanan yang istiimewa uhuhuhu..tu aku tak nafikan.. pe pun aku nak share khasiat bunga..kata org sharing is caring (bantai janji aku bahagia....hahaha)

Mandi bunga bisanya dilakukan dalam sekali seminggu or 3 kali sebulan.. ia lebih baik sebab menurut orang dulu2 mandi bunga nie ada aura tersendiri hehhehe..mesti ko orang nak tau kan kan kan hehehhe..aku dah agak dah...terima kasih juga kat seri mandi bunga...info nie cukup bermanfaat ....

1.    Penghidup Raga
Raga bermaksud jasad atau tubuh badan. Pada mana-mana individu yang tidak memiliki tahap kesihatan yang unggul maka kesan ‘sakit’ akan mulai kelihatan pada raut wajah yang menampakkan suram dan kusam atau rata-rata masyarakat menyebutnya sebagai wajah yang tidak berseri. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah pada kali pertama dengan khasiatnya akan memulihkan kembali aura organ-organ pada tubuh badan sehingga organ-organ tersebut akan berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Kesan daripada kerja-kerja pemulihan dalaman yang berkerja secara aktif ini seseorang itu akan berasal lemah-lemah badan, lesu badan atau sakit-sakit badan dalam tempoh yang tidak lama. Oleh itu janganlah anda khuwatir jika anda mengalami gejala-gejala tersebut apabila anda selesai mandi sebaliknya banyakkan minum air masak dan berehatlah secukupnya.

2.    Penghidup Daya
Daya bermaksud upaya atau tenaga. Apabila organ-organ telah mulai berkerja dengan baik dan harmoni maka tubuh badan akan sihat. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah kali kedua dengan khasiat bunga-bungaan akan mendatangkan tenaga tambahan pada sipengamalnya. Sebab itulah rata-rata pengamal akan mulai rasa segar dan rasa bertenaga sejurus selepas mandi tanpa ada mengalami rasa lemah, lesu dan sakit. Namun ada juga pengamal yang masih mengalami gejala lemah, lesu dan sakit selepas mandi kali kedua atau kali ketiga maka ini adalah perkara biasa sebab selagi organ-organ dalaman seseorang itu masih belum pulih maka selagi itulah mandian seterusnya akan berfungsi sebagai Penghidup Raga.

3.    Penghidup Seri.
Seri bermaksud hidup. Menurut petua orang tua-tua, selagi tubuh berdarah maka selagi itulah tubuh akan hidup maka dari situ dikatakan darah sebagai pemegang rahsia ‘hidup’. Oleh itu tubuh yang mati adalah tubuh yang tiada darah didalamnya dan begitu jugalah dengan wajah yang suram dan kusam adalah wajah yang kurang darah mengalir padanya sehingga kulit pada wajah kelihatan tidak ‘hidup’. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah kali ketiga dan seterusnya akan menghidupkan wajah dengan merangsang pengaliran darah secara menyeluruh terutama dibahagian muka dan dengan mengekalkan amalan mandi bunga secara rutin sebenarnya anda telah berjaya mengekalkan seri pada wajah anda secara berterusan.

Selamat Mencuba !!!!!!!!!!



ukhwah.myhttp://asshhtuaba.blogspot.com

http://www.sunnah.com.my


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

syarifah fazlyn said...

Mcm best je cik zila..

Post a Comment