zila. Powered by Blogger.
RSS

Senaman untuk sihat



                    Haaa....topik ari nie senaman penting untuk kesihatan..Betul ke senaman tu penting untuk kesihatan? dalam seminggu berapa kali anda melakukan aktiviti senaman? adakah anda mempunyai masa kelapangan utk melakukan senaman...tanyalah kat diri anda sendiri..mungkin setiap anda  mempunyai jawapan yang tersendiri...(klu de tu just simpan dalam hati ye) hahhaha...

Menjelang Hari Deepavali ni saya  agak sibuk sikit mengemas umah dan pagi tadi meluangkan masa digym,berjumpa kawan2....huhuhuhu...tak kan sibuk kat batu caves kot..hahhah....Saya pasti anda pun mengambil peluang utk mengemas umah, aktiviti beriadah atau berjalan2 bersama family dan kawan -  kawan yannnng tersayang.....Anda perasaan tak secara tak langsung menggalakkan tubuh badan anda untuk bergerak. In bermakna, anda juga melakukan senaman....

Untuk pengetahuan, senaman itu penting untuk semua lebih- lebih lagi terhadap wanita. persoalannya, mengapa?

Kaum wanita melalui pelbagai fasa dan perubahan fizikal dalam kehidupan mereka daripada zaman  remaja, bermulanya mestruasi ke fasa kehamilan...(ceh wah teruja pulak nak lalui saat itu).... menjadi seorang ibu hingga ke tahap menopous :-( 
Nampaknya pelbagai dugaan dihadapi oleh wanita apatah lagi bagi mereka yang juga bertugas sepenuh masa. Disamping bekerja dan menjaga anak-anak, agaknya bila pula mereka mempunyai masa utk besenam dan menjaga kesihatan diri sendiri?




Berikut lapan sebab senaman begitu penting untuk wanita:

1. Membantu mengurangkan berat badan

Ia adalah azam kebanyakan wanita di kala tahun baru, mahu mengurangkan lima, 10 atau 20 kilogram (kg). Senaman adalah satu aspek yang penting bagi mereka yang mahu mengurangkan berat badan.

Sekiranya anda sudah memulakan pelan pemakanan yang sihat dan seimbang, senaman akan membantu dan mempercepatkan lagi proses pengurangan berat badan dan pembakaran lemak berkenaan.

Dengan mengurangkan berat badan, anda akan mempunyai tubuh yang lebih sihat selain dapat mengelakkan pelbagai masalah yang mungkin dihadapi sekiranya mempunyai berat badan yang tinggi atau obes.


2. Membina kecergasan dan kekuatan tubuh

Sekiranya anda mudah berasa letih dan lemah untuk mengerjakan aktiviti fizikal tertentu, senaman akan membantu membina kecergasan serta kekuatan tubuh.

Bayangkan apabila dapat mengikuti aktiviti sukan syarikat anda dengan penuh bertenaga atau boleh bermain dan berkejaran dengan anak-anak. Bukankah itu lebih baik daripada hanya duduk di tepi sebagai penonton?


3. Menjana tenaga

Anda sudah menghadapi hari yang sibuk di pejabat maka kini tubuh anda hanya mahu berehat. Tetapi, banyak lagi kerja atau perkara lain yang perlu disiapkan.
Bagaimana? Percaya atau tidak, senaman yang anda rasakan mungkin lebih meletihkan dan menyambar tenaga anda sebenarnya akan menjana lebih tenaga untuk membuatkan diri berasa lebih hidup!

Ini kerana, senaman itu menghasilkan endorfin dan adrenalin iaitu hormon yang memberikan tenaga kepada anda. Meskipun begitu, jangan bersenam terlalu lewat pada waktu malam. Anda mungkin terlebih tenaga dan sukar untuk tidur pula.


4. Membantu menjaga kesihatan jantung, mencegah osteoporosis dan barah payudara

Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang menghadapi masalah jantung, osteoporosis atau penyakit barah, mulakan bersenam kerana ia dapat membantu mencegah masalah berkenaan.

Osteoporosis dan barah payudara khususnya adalah penyakit yang kritikal kepada wanita. Apa saja yang anda dapat lakukan untuk membantu mencegahnya adalah satu langkah yang baik. Statistik menunjukkan senaman memang membantu merendahkan risiko penyakit ini di kalangan wanita.


5. Penghilang tekanan

Dengan seribu satu perkara yang perlu dihadapi dan disiapkan setiap hari, siapa yang tidak akan mengalami tekanan. Bersenam adalah satu cara yang baik untuk meredakan tekanan. Apabila bersenam, anda mengeluarkan peluh dan toksin dari badan. Senaman seperti kickboxing, seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo, melakukan aerobik dan menari memang bagus untuk melepaskan tekanan.
Malah, ia sebenarnya menyeronokkan!


6. Sebagai aktiviti tambahan untuk diri anda

Sebagai ibu, isteri dan bekerja sepenuh masa, anda jarang mempunyai masa untuk diri sendiri. Keluarga, anak-anak dan tugas pejabat sentiasa didahulukan.
Pilih masa untuk diri anda saja iaitu ‘Me Time’. Lebih baik sekiranya anda isi dengan senaman yang menyeronokkan dan membantu menyeimbangkan kesihatan fizikal dan mental.


7. Satu contoh yang baik untuk keluarga dan anak-anak

Bersenam menetapkan contoh yang baik untuk keluarga terutama anak-anak agar mereka juga menjaga kesihatan bermula di usia muda. Ramai kanak-kanak atau remaja yang tidak menggemari subjek pendidikan jasmani di sekolah dan anda boleh membantu mengubah tanggapan mereka.

Bersenam sebenarnya boleh menjadi aktiviti mingguan keluarga yang menyeronokkan dan mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan anda.


8. Anda akan berasa dan kelihatan hebat

Ini tentunya salah satu sebab yang paling penting. Apabila anda bersenam, anda menjaga kesihatan daripada segi fizikal dan mental, dalaman dan luaran.

Ia akan menunjukkan hasil luaran yang mana anda akan kelihatan dan berasa hebat! Tahap keyakinan anda juga akan meningkat dan ini mampu merubah tanggapan anda terhadap kehidupan. Sudah pasti ia sesuatu yang tidak ternilai.




http://asshhtuaba.blogspot.com


     

   http: //ukhwah.my



http://www.sunnah.com.my


                       


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment